Tuesday 4 October 2016

Google perkenal telefon pintar Pixel


Google semakin meningkatkan persaingan dengan nama besar seperti industri seperti Apple, Samsung dan Amazon menerusi pelancaran telefon pintar Pixel serta pelbagai perkakasan lain pada Selasa lepas.

Pelancaran telefon pintar dengan rekaan Google sepenuhnya itu seiring aspirasi firma teknologi gergasi itu meningkatkan penyertaan dalam segmen perkakasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai berkata , peranti baharu itu adalah sebahagian strategi syarikat mengembangkan rangkaian produk dalam segmen 'mesin-mesin pintar'.

Pixel akan ditawarkan dalam dua saiz paparan, lima inci dan 5.5 inci dan harga jual bermula dari AS$649 (RM2,674), yang juga mempunyai harga yang hampir sama dengan iphone 7.

Tempahan dibuka mulai Selasa untuk pasaran Australia, Canada, Germany, Britain, dan Amerika Syarikat.

Google pada majlis itu turut memperkenalkan 'sistem pembantu di rumah', fon kepala realiti maya dan sistem router Wi-Fi baharu.

No comments:

Post a Comment

loading...