Friday, 27 January 2017

Tarikh Bayaran BR1M 2017 | Bantuan Rakyat Satu Malaysia

Ramai sudah ternanti bilakah tarikh pembayaran Bantuan Rakyat Satu Malaysia BR1M 2017 diumumkan. Sebelum ini banyak hebahan palsu mengenai pembayaran BR1M 2017 sehingga mengelirukan ramai pihak mengenai bilakah tarikh sebenar pembayaran BR1M 2017 diumumkan.

Untuk pengetahuan anda BR1M 2017 akan mula diberi pada 18 Februari 2017 menurut Perdana Menteri, Najib Razak melalui akaun Facebooknya.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter dan Instagram saya mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu."


Pembayaran BR1M 2017 akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini.

Kategori e-Kasih
Kategori yang diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1000 akan menerima BR1M sebanyak RM1200 
Kategori Pendapatan Bawah RM3000
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1200 
Kategori Pendapatan RM3000 Hingga RM4000
Isi rumah berpendapatan antara RM3001 hingga RM4000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 
Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2000
Bagi kategori bujang berumur 21 tahun ke atas, pendapatan sara diri tidak melebihi RM2000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450 

No comments:

Post a Comment

loading...