Friday, 14 October 2016

Sultan Kelantan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15


KUALA LUMPUR: Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini hari ini. 

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. 

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

loading...