Bila anda bawa kereta nak isi minyak, anda mesti dalam situasi sebegini "Eh tank nak isi minyak kat mana eh? Kiri ke kanan?"
Semua orang akan merasai benda sebegini terutama sekali bila kita pinjam kereta kawan atau bawa kereta orang lain tak tahu tank belah mana kan. Itu lah sebabnya ada simbol anak panah sebelah simbol tangki minyak pada dashboard kereta tu.
Kalau anak panah pada belah kiri maksudnya tangki minyak belah kiri, kalau belah kanan maksudnya tangki minyak belah kanan. Jadi, tak perlu dah nak terjenguk-jenguk cari tangki belah mana.
Senangkan nak faham? kalau tak faham cer tengok kat kereta anda dan cuba faham betul2. In Sya Allah semua boleh faham lepas ni . Jom kongsikan berita ini kepada kawan-kawan anda. Semoga bermanfaat..hehe
No comments:
Post a Comment