Sunday 11 December 2016

Kemalangan Jalan Raya - Enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di LPT2


KEMAMAN: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan jalan raya di kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Plaza Tol Chukai di sini hari ini.

Kemalangan jalan raya itu berlaku sekitar 5.30 petang tadi itu turut menyebabkan tiga ahli keluarga mangsa cedera parah.

Nahas dipercayai berlaku selepas tayar hadapan kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex Royal yang dinaiki 10 sekeluarga itu meletup sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan merempuh tiang jejantas.

Kesemua mangsa kemalangan jalan raya yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman oleh orang awam.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Normansah Din, enam mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya itu adalah:

1. Ahmad Razi bin Abd Rahman, 63, (Abang Pemandu)
2. Pauziyah Binti Awang, 56, (Isteri Pemandu)
3. Quratulnisa, 11, (Anak Pemandu)
4. Sofea Adriana Bt Shahruddin, 7, (Cucu Ahmad Razi bin Abd Rahman)
5. Ahmad Nijat, 9, (Anak Pemandu)
6. Mahani Binti Ngah, 42, (Kakak Pemandu) – Meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Cedera parah :
1. Ahmad Shakir , 12, (Anak Pemandu)
2. Ahmad Mukriz , 3, (Anak Pemandu)
3. Quratul Ain, 14, (Anak Pemandu)

Cedera ringan bahagian kepala:
1. Ahmad Nasal bin Abd Rahman, 52, (Pemandu)


No comments:

Post a Comment

loading...