Monday, 12 December 2016

5 petua cara menghilangkan jerawat dengan cepat dan pantas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ramai yang tertanya cara-cara atau petua yang berkesan untuk menghilangkan jerawat atau menghilangkan bekas jerawat pada muka mereka supaya kulit muka mereka sentiasa nampak lebih lincin dan ayu.

Apa itu jerawatJerawat atau nama saintifiknya acne vulgaris adalah benjolan yang timbul akibat penyumbatan pori atau peradangan pada kulit yang disertai dengan nanah atau darah. Seseorang itu pasti akan nampak gelisah apabila jerawat tumbuh di muka mereka tidak kira perempuan mahupun lelaki. Tidak hairanlah mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk menghilangkan jerawat di muka mereka agar sentiasa lincin dan gebu.

Walau bagaimanapun pembelian produk menghilangkan jerawat adalah tidak salah asalkan anda tahu kualiti produk tersebut dan paling pasti ia selamat untuk digunakan.

Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai cara menghilangkan jerawat dengan berkesan, terlebih dahulu saya ingin berkongsi mengenai jenis-jenis jerawat. Terdapat 7 jenis jerawat yang mesti anda tahu iaitu jerawat normal , jerawat batu , jerawat komedo , jerawat juvenil ,jerawat vulgaris, jerawat rosacea dan jerawat nitrosica.

jerawat jenis normal

Untuk topik kali ini saya hanya mampu berkongsi kepada anda cara menghilangkan jerawat jenis normal. Bagi jenis jerawat yang lain anda disarankan untuk bertemu dengan doktor bagi rawatan lanjut.


Berikut merupakan 5 petua cara menghilangkan jerawat :


1.  Lemon



Asid askorbik-L yang terkandung dalam buah lemon dapat mengurangkan masalah keradangan pada kulit yang berjerawat serta mampu membersihkan pori - pori wajah yang tersumbat. Lemon juga sangat baik digunakan sebagai pencerah kulit dan mampu menghilangkan noda pada wajah anda supaya anda kelihatan berseri setiap masa.

Penyediaan mudah:
1. Sediakan sebiji buah lemon.
2. Perah lemon.
3. Sapukan perahan lemon pada bahagian jerawat atau muka anda.
4. Biarkan selama 30 minit dan cuci muka anda menggunakan air sejuk.
5. Lap muka anda menggunakan kain tuala yang bersih.
6. Lakukan dengan sekerap yang mungkin.


2. Bawang Putih



Tidak dinafikan lagi, bawang putih merupakan tumbuhan semula jadi yang berkesan menghilangkan jerawat. Bawang putih mengandungi sebatian thiacremonon sulfur yang boleh mengeringkan jerawat serta kompaun allicin yang bersifat antiseptik yang mampu menghalang bakteria penyebab kepada masalah jerawat. 

Penyediaan mudah:

1. Tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga lumat.
2. Sapu pada muka anda dan biarkan sehingga 15 minit.
3. Bersihkan muka anda dengan menggunakan air suam.
4. Untuk hasil yang lebih optimum, anda boleh mencampurkan bawang putih bersama cuka epal.


3. Madu



Madu sudah digunakan dalam rawatan kecantikan sejak zaman dahulu dan dianggap herba yang sangat baik bagi tubuh badan manusia dari segi dalaman mahupun luaran . Antiseptik yang terkandung dalam madu mampu membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan pada kulit akibat masalah jerawat.

Madu juga berfungsi sebagai probiotik semula jadi yang tidak hanya berkesan mengurangkan masalah jerawat tetapi mampu mengelak dari tumbuhnya jerawat baru.

Penyediaan mudah :

1. Sediakan beberapa titisan madu.
2. Sapukan madu pada bahagian jerawat.
3. Biar selama satu jam .
5. Setelah madu mengering dan melekat, bersihkan muka anda menggunakan air sejuk dan keringkan.
6. Lakukan selama 3 kali seminggu.


4. Ubat gigi
Fluoride, triclosan, hidrogen peroksida adalah beberapa bahan aktif dalam ubat gigi yang boleh mencegah iritasi kulit, mengeringkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada wajah. Sebaiknya elakkan penggunaan ubat gigi pada kulit sensitif. Pilih ubat gigi dengan kandungan floride yang lebih rendah.

Penyediaan mudah:

1. Sapukan ubat gigi pada kawasan yang mempunyai jerawat sahaja.
2. Biarkan selama 2 jam atau semalaman.
3. Bersihkan dengan menggunakan air sejuk dan keringkan menggunakan kain tuala yang bersih.


5. Asam Jawa


Asam jawa merupakan antara petua paling terbaik untuk menghilangkan masalah jerawat . Asam jawa juga mampu menjaga kesihatan kulit muka serta mengembalikan seri wajah seseorang. Kaya dengan Vitamin C dan Betacarotene menyebabkan asam jawa merupakan bahan paling penting dalam merawat masalah kulit berjerawat serta merawat bekas jerawat dengan mudah. 

Penyedian mudah :

1. Ambil sedikit asam jawa dan titiskan sedikit air.
2. Sapu pada keseluruhan muka dan lebihkan pada kawasan berjerawat.
3. Biarkan semalaman.
4. Basuh muka dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala bersih.
5. Lakukan setiap hari ataupun secara kerap.


Itu sahaja yang dapat dikongsi berkaitan cara menghilangkan jerawat. Mungkin ada yang sudah tahu petua ini dan mungkin ada yang tidak tahu. Bagi yang sudah tahu teruskan beramal dan bagi yang tidak tahu petua ini bolehlah mencuba di rumah. Kesannya mungkin tidak secepat produk terlaris di pasaran tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu anda mengurangkan masalah jerawat.

- SELAMAT MENCUBA -


1 comment:

loading...