Monday 9 January 2017

Faiz Subri cipta sejarah Asia raih FIFA Puskas Award 2016

faiz subri puskas award 2016

Pemain bola sepak dari Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri akhirnya berjaya memenangi anugerah Fifa Puskas 2016 buat pertama kalinya dalam sejarah hidupnya serta merupakan pencapaian paling terbaik apabila menjadi pemain pertama dari Asia yang berjaya meraih anugerah tersebut. Anugerah Fifa Puskas merupakan anugerah yang memberi pengiktirafan kepada mana-mana pemain yang berjaya menjaringkan gol paling cantik di dunia pada setiap tahun.

Kejayaan Faiz Subri itu meletakkan beliau berada pemain Asia pertama yang berjaya merangkul Anugerah Fifa Puskas. Terdahulu tiga wakil Asia hanya berada dalam senarai 10 jaringan terbaik dan tidak pernah mara sebagai 3 finalist terbaik. Hanya Faiz Subri dari Malaysia yang benar-benar melakukannya melalui sepakan percuma ajaib.


Penyerang berusia 30 tahun itu bersyukur kerana akhirnya jaringan ajaib yang dilakukan ketika Pulau Pinang menentang Pahang pada aksi Liga Super pada Februari tahun lalu membolehkannya merangkul anugerah berkenaan sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama meraih Anugerah Puskas.


"Saya sendiri tidak menyangka dapat sampai ke tahap ini dan mampu berdiri dengan pemain antarabangsa yang lain.

"Terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan impian ini satu realiti terutama kepada pengundi saya di seluruh dunia," katanya ketika menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah terbabit yang disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo. Faiz memperoleh 59.46 peratus daripada keseluruhan undian dan jauh meninggalkan pencabarnya, Marlone di tangga kedua selepas meraih 22.86 peratus undi manakala pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez memperoleh 10.01 peratus undi.

Sementara itu, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menggondol Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2016 selepas mengharungi tahun lalu dengan pelbagai kejayaan antaranya memenangi Liga Juara Juara, Piala Super Eropah, Piala Kelab Dunia dan Kejuaraan Eropah bersama Portugal manakala Anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA 2016 pula menjadi milik pemain Amerika Syarikat, Carli Lloyd.

Pengendali Leicester City, Claudio Ranieri pula mengetepikan calon pilihan yang juga jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dan juara Eropah, Fernando Santos (Portugal) bagi Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2016 susulan kejayaannya mencipta kejutan terbesar musim lalu apabila membawa The Foxes meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

Keadaan suhu yang sangat sejuk tidak membenarkan Faiz menggayakan baju melayu - PENANG FA

Sudah tentu pemain bola sepak kelahiran Ayer Hitam, Kedah ini akan terus diperkatakan peminat Malaysia dan seluruh dunia tentang kehebatannya menjaringkan gol paling cantik di dunia sehingga berjaya memenangi anugerah Fifa Puskas 2016.

Sebelum anugerah tersebut dijalankan, ramai peminat bola sepak di seluruh dunia telah meramalkan bahawa Faiz Subri bakal meraih anugerah tersebut. Walau bagaimanapun ada yang menyangkal dakwaan tersebut kononnya Faiz Subri tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana sepakan percuma "FREE KICK" tidak pernah mendapat tumpuan FIFA untuk diterima sebagai pemenang Anugerah Fifa Puskas.

Komen itu kemudiannya dibalas oleh seorang individu yang dekenali James "Fifa akan mengiktiraf jaringan tersebut berdasarkan jumlah undi yang diterima dari peminat bola sepak di seluruh dunia dan tidak sesekali sepakan percuma akan disisihkan kalau ianya benar-benar menarik, Saya yakin Subri (Faiz Subri) bakal jadi pemenang"..

Sementara itu, Kerajaan negeri akan memberi sumbangan wang tunai kepada Mohd Faiz Subri yang merupakan anak jati Kedah, atas pencapaiannya tercalon sebagai finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan tahniah buat Faiz Subri kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia mahupun Dunia..


-Tahniah Mohd Faiz Subri-
















#FaizSubriTheFifaPuskasAward2016Winner
#KacangSoya

No comments:

Post a Comment

loading...