Wednesday, 31 August 2016

Virus Zika dikenal pasti di Malaysia


Kes pertama virus zika di Malaysia didapati berlaku ke atas seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang selepas pulang dari melawat anaknya yang tinggal di Singapura.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang berkata wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu. 

Beliau memberitahu  selepas pulang dari negara berkenaan wanita itu mengalami beberapa gejala zika seperti demam dan ruam di beberapa anggota badan. 

"Wanita berkenaan sedar mempunyai tanda-tanda demam itu selepas seminggu pulang dari Singapura, dan kemudiannya merujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pengesahan. 

"Hasil pemeriksaan melalui air kencing, mangsa disahkan positif virus Zika bersama anaknya. Manakala suaminya yang turut bersama ke Singapura tidak dijangkiti virus itu," katanya dalam sidang media di kementeriannya, di sini hari ini. 

Dr Subramaniam berkata, kementerian sudah mengambil langkah kawalan di kawasan perumahan wanita berkenaan di Taman Botanik bagi mengawal virus daripada berkenaan merebak. Beliau juga menegaskan kepada orang awam agar sentiasa menjaga alam sekitar daripada merebaknya virus ini.

No comments:

Post a Comment

loading...