Wednesday 31 August 2016

Luis Alberto ke Lazio



Lazio baru sahaja selesai menandatangani pemain tengah Liverpool, Luis Alberto dengan bayaran yang tidak diberitahu kepada media.

Pemain yang berusia 23 tahun itu menyertai Liverpool pada Jun 2013 dari Sevilla, namun bergelut untuk berada dalam kesebelasan utama dan telah membuat 12 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain kelahiran Sepanyol itu telah menghabiskan dua musim lalu di Malaga dan Deportivo La Coruna secara pinjaman.

Tidak terpilih dalam senarai pemain utama Jurgen Kloop, Alberto menjadi pemain keenam yang tiba di Lazio dalam jendela perpindahan pemain dan akan memyertai pemain-pemain seperti Ciro Immobile, Jordan Lukaku dan Wallace di ibu negara Itali itu

No comments:

Post a Comment

loading...