Sunday 4 September 2016

Viruz Zika menular di Sabah


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan kes jangkitan zika membabitkan lelaki berusia 61 tahun di Sabah dua hari lalu, membuktikan bahawa virus itu telah wujud dalam kalangan masyarakat. 
Menteri yang terbabit dalam soal ini, Datuk Dr S Subramaniam, berkata rekod menunjukkan pesakit itu tidak pernah pergi ke mana-mana negara yang mempunyai bilangan kes besar jangkitan virus berkenaan. Ini sekali gus memberi petanda awal bahawa virus Zika semakin merebak di dalam negara.

Kementerian Kesihatan mengesahkan pesakit tersebut telah menerima gigitan nyamuk di dalam negara dan mereka tidak pasti dari ianya datang. 

Kementerian juga akan mengenalpasti pergerakan terakhir pesakit itu sejak beberapa minggu yang lalu. Dr Subramaniam berkata kementerian kesihatan akan mempergiatkan aktiviti vektor kawalan di kawasan yang terbabit. 

Difahamkan pesakit tersebut telah meninggal dunia dan Kementerian Kesihatan belum mengesahkan ia adalah berpunca dari virus Zika.

Hal ini kerana pesakit tersebut mempunyai penyakit lain termasuk jantung dan sakit kronik buah pinggang, sekali gus apa-apa bentuk viraemia (jangkitan virus dalam darah) boleh membawa kepada kematiannya,

Sehubungan itu, beliau berkata, zika telah ada di negara ini sekali gus menyebabkan kes baharu akan terus muncul.

No comments:

Post a Comment

loading...