Tuesday 30 August 2016

Cara elak maklumat akaun WhatsApp didedahkan di Facebook


Sejak Facebook membeli WhatsApp pada tahun 2014, banyak perkara yang banyak dibincangkan oleh sesetengah pakar teknologi di seluruh dunia. Pembelian WhatsApp berkemungkinan besar adalah untuk memperkukuhkan lagi syarikat Facebook ini. Sejak tahun 2015 lagi Facebook telah menghubungkan maklumat pengguna WhatsApp di dalam Facebook tanpa notis.

Tidak hairanlah orang yang anda kenal di WhatsApp tiba-tiba muncul di dalam kotak suggestion friends anda di Facebook. Cuma kali ini WhatsApp telah mengeluarkan notis kebenaran untuk mengakses akaun anda ke dalam Facebook.

Seandainya ia adalah selamat bagi anda, anda boleh teruskan dan sekiranya ia sebaliknya anda boleh mengikuti langkah yang akan saya tunjukkan di bawah.



Seperti anda lihat gambar di atas, sekiranya anda tick bahagian Share my account info, anda akan membenarkan WhatsApp berhubung dengan Facebook anda seterusnya memberi data mengenai nombor telefon anda ke dalam Facebook. Sekiranya anda tidak mengizinkan Facebook untuk mengambil data akaun WhatsApp anda, anda dikehendaki untick kotak berkenaan. Untuk pergi ke ruangan ini anda perlu memilih setting -> account..

Facebook memberi masa kepada pengguna WhatsApp untuk memilih sama ada untuk berkongsi maklumat WhatsApp anda ke dalam Facebook dalam masa 30 hari selepas anda telah bersetuju di dalam notis yang telah dikeluarkan seperti gambar di bawah.





Itu sahaja maklumat daripada kami dan berharap ia akan membantu anda. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

loading...