Friday 8 July 2016

Laptop ternipis di dunia



Laptop yang sentiasa cantik dan mendapat sambutan ramai kerana rekaannya yang sangat menawan memang tidak dapat menahan rasa minat seseorang apabila melihatnya  . Itulah ciri -ciri yang dimiliki oleh HP Spectre 13 apabila pengguna boleh memilih untuk menetapkan laptop dengan ciri-ciri pemprosesan Intel Core i7-6500U atau i5-6200U yang berkuasa tinggi serta bahagian bawah laptop direka berasaskan gentian karbon.

Laprop terkini daripada HP ini juga merupakan  antara laptop ternipis di dunia dengan mempunyai saiz 10.4mm dan mempunyai RAM 8GB jenis DDR3 selain jumlah storan berkapasiti 256GB.

Laptop ini mempunyai paparan 13.3 inci beresolusi HD penuh yang menjanjikan pengalaman multimedia menakjubkan. Ia sangat sesuai bagi mereka yang selalu menonton video atau sebagainya..

Manakala HP Envy 15 pula mempunyai paparan HD penuh 1080p bersaiz 15.6 inci dengan dua varian disediakan iaitu versi skrin sentuh dan skrin bukan sentuh.

Laptop ini mempunyai fungsi accelerometer, sensor akan mengesan sekiranya laptop terjatuh dan mematikan fungsi cakera keras bagi mengurangkan risiko kerosakan pada data.

HP Envy 15 beroperasi pada cip pemprosesan Intel Core i5-6200U bersama RAM DDR3 8GB selain storan melangkau 1TB.

HP Elitebook Folio G1 pula menggunakan cip pemprosesan yang Intel Core dari M7, M5 atau M3. RAM DDR3 8GB dengan storan 256GB.

Peranti ini menyediakan sehingga dua port USB-C dengan teknologi Thunderbolt. Terdapat varian yang mempunyai skrin 4K UHD dan HD penuh 1080p.





HP SPECTRE 13

• Harga: RM5,999
• Pemprosesan: Intel Core i5 atau i7
• Kenipisan: 10.4mm
• Berat: 1.1kg
• OS: Windows 10
• Paparan: 13.3 inci
• RAM: 8GB DDR3
• Jangka hayat bateri: 9 jam



HP ELITEBOOK FOLIO G1

• Harga: RM6,199
• OS: Windows 10
• Pemprosesan: Intel Core M
• Jangka hayat bateri: 11.5 jam
• Storan: SSD hingga 512GB
• RAM: 8GB
• Berat: hingga 1.07kg
• Paparan: 12.5 inci FHD




HP ENVY 15

• Harga: Bermula RM3,699
• Pemprosesan: Intel Core i5OS: Windows 10 Home 64
• Paparan: 15.6 inci FHD IPS UWVA anti-glare WLED-backlit
• RAM: 8GB DDR4-2133 SDRAM
• Storan: 1TB 5400rpm SATA

No comments:

Post a Comment

loading...