Saturday 9 July 2016

Harga anggur bernilai RM 43,756



TOKYO: Segugus anggur yang dikenali sebagai Ruby Roman antara anggur yang sangat berharga dan dijual pada harga paling tinggi dalam rekod sebuah pasar raya menerusi satu acara lelongan di Jepun, yang menyaksikan anggur dianggap sebagai simbol yang sangat unik bagi seseorang.

Pemilik pasar raya dari barat Jepun, Takamaru Konishi, berjaya memenangi bidaan dan sekali gus berjaya membeli gugusan 30 biji anggur amat istimewa itu. Setiap sebiji anggur tersebut mempunyai saiz sebesar bola ping pong dan berharga kira-kira AS$365 (RM1,458), menjadikan keseluruhan anggur bernilai 1.1 juta yen (RM43,756). 

Anggur yang diberika nama Ruby Roman itu berwarna merah seperti delima dan ditanam di Ishikawa, Jepun . Untuk melayakkan sesuatu anggur itu digelar sebagai Ruby Roman, setiap biji anggur mesti mempunyai  berat sekurang-kurangnya 20 gram dan mempunyai kandungan gula pada kadar 18 peratus. Buah yang dibeli Konishi merupakan anggur Ruby Roman pertama musim ini. 

"Ia benar-benar permata Ruby Roman. Kami akan mempamerkan ia di pasar raya kami sebelum memberi peluang kepada pelanggan untuk merasanya," kata Konishi. Konishi bukan muka baru dalam membina buah-buahan mahal. Pada bulan Mei yang lalu, Konishi juga adalah antara individu yang berjaya mencipta rekod membida dua biji tembikai Yubari berharga tiga juta yen (RM108,851). 

Untuk pengetahuan umum, buah-buahan merupakan produk mewah bagi masyarakat di Jepun dan menjadi keutamaan dalam budaya masyarakat negara itu yang suka memberi sesama mereka . 

No comments:

Post a Comment

loading...