Sunday 3 July 2016

Bekalan daging lembu di Agro Bazar dijamin bebas penyakit FMD



KUANTAN: Bekalan daging lembu segar dijual di Agro Bazar Rakyat 1Malaysia untuk kegunaan sambutan Aidilfitri dijamin bebas daripada sebarang penyakit kuku dan mulut (FMD).

Anggota Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata sehubungan itu pengguna tidak perlu bimbang dengan kualiti daging berkenaan kerana sudah disahkan bebas penyakit itu daripada Jabatan Veterinar.

"Bekalan daging segar ini juga dijamin mencukupi sehingga hari terakhir untuk menyambut raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan zakat Nafas kepada golongan asnaf dari Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.

Selain itu, Mustaffar Kamal yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Pahang berkata bekalan ayam di agro bazar berkenaan turut ditambah bagi memenuhi permintaan pengguna yang dijangka meningkat bersempena Aidilfitri.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment

loading...