Sunday, 10 July 2016

Fahami erti Syawal



Sambutan hari raya Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa yang diwajibkan kepada mereka hendaklah disambut mengikut lunas syarak dan tidak dicampur aduk dengan perkara yang diharamkan oleh Islam. 

Selepas istiqamah selama sebulan meningkatkan ibadah demi mencapai status takwa, pastinya kita mahu momentum itu diteruskan dengan memastikan hari raya menandakan kemenangan umat Islam tetapi mempunyai nilai ibadah. Tidak dinafikan, terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini yang mungkin terlalu ghairah ingin menyambut Aidilfitri terlupa menjaga batas bergembira yang ditetapkan. Oleh itu, memahami erti sebenar Syawal penting supaya dapat dirayakan dengan lebih bermakna. 

 "Sepanjang Ramadan kita berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus al-Quran serta melakukan amalan sunat lain seperti bersedekah dan membayar zakat untuk mencari keredaan Allah SWT. Maka, 1 Syawal, kita kembali kepada fitrah seperti bayi yang baru dilahirkan,". Kembalikan budaya Islam Katanya, Syawal juga adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menundukkan nafsu sepanjang Ramadan dan membersihkan daripada dosa yang lalu sekali gus menjadi insan bertakwa. 

Menurut Mohd Sukki, untuk menghidupkan semula tradisi Syawal sebagaimana disyariatkan oleh Islam, digalakkan amalan ziarah menziarahi antara sesama keluarga, saudara mara, kaum kerabat, jiran dan sahabat handai. Tambahnya, kanak-kanak juga perlu dididik mengenai amalan ziarah yang tepat iaitu bukan sekadar berkunjung untuk mendapatkan duit raya semata-mata tetapi mengikut syariat Islam yang menekankan pemberian sedekah kepada orang memerlukan seperti fakir miskin. Selain itu, beliau turut menegaskan sambutan Syawal bukan hanya semata-mata untuk kegembiraan, bahkan lebih utama mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT. 

"Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, perlu diingat jangan sesekali lupa kepada kewajipan terhadap Allah SWT seperti mendirikan solat fardu lima waktu. Moga kegembiraan dan keseronokan pada hari raya akan juga dapat dikecapi pada hari akhirat kelak," katanya. 

No comments:

Post a Comment

loading...