Monday 11 July 2016

Dua orang cedera dalam kes bas rempuh 10 kereta di Ipoh



Dua orang dilaporkan cedera setelah kereta yang dinaiki mangsa dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 3 petang itu adalah berpunca bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan, merempuh 10 kereta di depannya.

Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.

"Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.

Kami dilaporkan hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera.

Pihak polis memberitahu siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.

No comments:

Post a Comment

loading...