Saturday 2 July 2016

Iceland mahu buktikan mereka juga seperti Wales


PARIS: Kapten Iceland, Aron Gunnarsson, mahu rakan sepasukannya mengambil inspirasi daripada pasukan bola sepak Wales yang juga pasukan bukan pilihan, apabila bakal berdepan pasukan tuan rumah iaitu Perancis pada pertemuan suku akhir saingan Euro 2016 di sini, awal pagi esok, waktu Malaysia.

Iceland yang memiliki jumlah penduduk seramai 330,000 menampilkan beberapa siri persembahan sangat menakjubkan untuk mara ke suku akhir, termasuk kemenangan 2-1 ke atas England pada pusingan kedua. Wales yang juga tampil buat kali pertama dalam kejohanan Eropah, melakar kejutan apabila menewaskan Belgium 3-1 untuk mara ke separuh akhir. 

Ditanya sama ada prestasi mereka diilhamkan penduduk Iceland, Gunnarsson berkata: "Ya, sudah tentu. Kami bukan pasukan pilihan untuk mara sejauh itu. Ia adalah adalah satu keseronokan untuk ditonton. "Saya rasa Wales satu pasukan yang disegani. Mereka memiliki skuad pemain terbaik dan mereka menunjukkan sikap yang baik selain keinginan untuk memenangi perlawanan. Saya fikir kami pasti boleh belajar daripada mereka.

" Gunnarsson yang bermain bersama kelabnya di Wales, Cardiff City, menambah: "Jika anda semua tidak percaya (kami boleh menang Euro 2016) kami mungkin tidak akan berada di sini, ia adalah jawapan yang sangat mudah. "Dalam pasukan ini, kami sudah bekerja keras untuk mendapatkan tempat di mana kami berada sekarang dan kami akan terus berjuang.

" Sementara itu, jurulatih bersama Iceland, Heimir Hallgrimsson, mengakui Perancis memiliki ramai pemain individu yang berbakat besar . Namun, dia tetap percaya bahawa Iceland masih boleh menunjukkan mereka adalah pasukan yang lebih baik pada pertemuan kedua-dua pasukan di Stade de France. 

"Kami sentiasa bermain perlawanan terbesar dalam sejarah bola sepak Iceland," katanya. "Apabila kami mengatasi halangan ini, halangan akan datang kelihatan lebih mudah. "Kami lebih santai dalam setiap perlawanan dan memiliki lebih banyak keyakinan diri. Saya selalu mengatakan kita belum lagi melihat permainan terbaik Iceland."

Kredit Pix: www.foottheball.com

No comments:

Post a Comment

loading...