"Saya berjaya mengatasinya dalam set kedua dan sebelum set ketiga bermula, jurulatih saya (Tey Seu Bock) berpesan bahawa 11 mata pertama amat penting.
"Saya perlu memberinya tekanan," katanya sejurus tamat permainan di Birmingham itu.
Rekod lima pertemuan sebelum ini kesemuanya memihak kepada Chong Wei dan berdasarkan prestasi semasa, pemain nombor satu dunia itu dilihat tiada masalah untuk berdepan lawannya dari Taiwan itu.
Sebaliknya berlaku dalam set pertama, Chong Wei memperagakan aksi serba tidak menjadi sehingga membenarkan Tien Chen menguasai permainan.
Seolah-olah tidak mahu berjuang lagi dalam set pertama, Chong Wei menyerah kalah 10-21.
Chong Wei kemudian tampil dengan corak permainan lebih agresif selepas itu sehingga tiada belas kasihan diberikan kepada Tien Chen.
Pemain perseorangan lelaki negara itu memimpin keseluruhan permainan untuk menang 21-14, sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Permulaan set penentuan berlangsung sengit dengan kedudukan terikat 4-4, sebelum Chong Wei mula mengorak langkah untuk melebarkan jurang mata dan pada suatu ketika, dia mengutip tujuh mata berturut-turut untuk memimpin permainan 14-6.
Chong Wei hanya membiarkan Tien Chen mengutip tiga mata lagi sebelum mengesahkan laluan ke final dengan memuktamadkan permainan 21-9 dalam pertarungan yang memakan masa selama sejam itu.
Dengan itu, Chong Wei hanya selangkah untuk merangkul kejuaraan keempat Seluruh England.
"Saya gagal mengatasi tempo permainannya, dia sangat pantas," kata Tien Chen.
-Stadium Astro
No comments:
Post a Comment