Monday, 12 December 2016

Faiz Subri berpotensi rangkul anugerah FIFA PUSKAS 2016


Penyerang sensasi Pulau Pinang Mohd Faiz Subri dilaporkan berpontensi merangkul anugerah FIFA PUSKAS 2016 apabila jaringannya mencatat sejumlah 2 juta tontonan di Youtube selepas 12 tengah hari tadi.

Gol ajaib Faiz Subri itu jauh meninggalkan pencabarnya iaitu Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela dari segi jumlah tontonan di Youtube. Analisis yang dijalankan oleh media luar negara menyaksikan Faiz Subri boleh bersiap sedia untuk menerima Anugerah yang mengiktiraf gol jaringan cantik setiap tahun itu.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland. Faiz Subri, 29, menjadi pemain Asia ketiga dan pertama daripada Asia Tenggara disenaraikan pendek dalam 10 jaringan terbaik Puskas. 

Kumi Yokoyama yang bermain untuk pasukan wanita B-17 Jepun menjadi pemain Asia pertama mara ke peringkat 10 terbaik diikuti Hisato Sato dari Jepun pada 2014. Peminat boleh membuat undian di pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

No comments:

Post a Comment

loading...