Tuesday, 6 September 2016

Kerajaan sedia kaji kerja enam jam sehari



Kerajaan sedia mengkaji cadangan agar waktu be­kerja kakitangan awam dikurangkan daripada 8 jam sehari kepada 6 jam sehari.

Walau bagaimanapun menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari segi keperluan dan kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek dalam sektor kerajaan.

Perkara ini diambil kira kerana ada beberapa agensi kerajaan terutama di UTC (Pusat Transformasi Bandar) mempunyai syif kerja selama 14 jam dan perlu  membahagikan kepada dua syif iaitu tujuh jam bagi setiap kakitangan.

Semamangnya ini adalah waktu kerja yang cukup pendek. Walau bagaimanapun perkara ini perlu dikaji terlebih dahulu oleh pihak kerajaan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perbarisan tamat latihan Program Transformasi Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson di sini hari ini.

Idea ini juga muncul apabila negara Sweden yang mula mengamalkan sistem bekerja enam jam sehari setelah menunjukkan hasil memberangsangkan kepada pekerja di negara berkenaan.

Beberapa negara jiran di rantau ini juga sudah mula menurunkan bilangan jam be­kerja sehingga kepada 40 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu yang diperuntukkan dalam undang-­undang di Malaysia.
Selain itu, waktu bekerja yang dilihat agak panjang mungkin memberi kesan buruk kepada pekerja dalam jangka masa yang lama sekali gus mengurangkan lagi produktiviti. 

No comments:

Post a Comment

loading...