Tuesday 6 September 2016

Dua negara lagi lulus menjadi sumber pengawal keselamatan negara


Kementerian Dalam Negeri hari ini bersetuju membenarkan dua lagi negara, selain Nepal untuk berkhidmat sebagai tenaga kerja pengawal keselamatan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid Hamidi , syarikat kawalan keselamatan bagaimanapun perlu mematuhi syarat dengan mendahulukan pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan dan beliau juga menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat keselamatan yang menjadi proksi kepada kumpulan kongsi gelap.

Kelulusan dua negara ini yang merupakan sumber baharu bagi tenaga kerja pengawal keselamatan ini akan diputuskan Kabinet dalam masa terdekat.

Zahid menegaskan supaya pengawal keselamatan tempatan perlu diberi keutamaan berbanding pekerja asing kerana tidak mahu dianggap mementingkan orang luar dari rakyat sendiri.

No comments:

Post a Comment

loading...