Wednesday, 18 January 2017

Kad berasaskan PayWave mudah digodam adalah tidak benar - BNM


Baru-baru ini banyak isu hangat heboh diperkatakan di media elektronik mahupun media cetak . Isu yang sedang hangat dibincangkan tidak lain tidak bukan adalah berkaitan benarkah kad berasaskan PayWave | PayPass atau penggunaan cip Radio Frequency Identification (RFID) ini mudah digodam?

Ia bukanlah topik yang baru diperkatakan , tetapi ia sudah lama menjadi tanda tanya orang ramai di seluruh dunia mengenai sistem keselamatan yang ada pada kad berasaskan sistem Paywave/PayPass ini. Ada antara mereka boleh melakukan proses klon kad dan kemudian boleh menggunakan kad itu sesuka hati berdasarkan satu rancangan TV yang disiarkan di Amerika.



Pada ketika itu sistem security bank masih ditahap yang lemah dan memerlukan pengubahsuaian yang baik agar sistem keselamatan bagi kad berasaskan Paywave/PayPass dapat dipertingkatkan. Namun adakah sistem ini masih tiada pembaharuan dan mempunyai resiko yang sangat bahaya digunakan di Malaysia?

Sebagai seorang pengguna seperti saya mahupun anda , pasti tertanya-tanya adakah ia selamat digunakan? Memandangkan isu ini sangat merisaukan orang ramai sehingga tersebarnya di dalam media elektronik dan media cetak, Bank Negara Malaysia tampil memperjelaskan isu ini :


Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.

Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:

(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’

Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.

Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

Bank Negara Malaysia
18 January 2017

Diharap kenyataan ini dapat menjawab segala persoalan yang terlintas dalam kalangan hati pengguna. Dalam hal ini pengguna kad bank perlu lebih peka dengan barang berharga mereka. Saya juga tidak dapat menafikan akan ada kekurangan dalam sistem ini. Hanya anda sajalah yang dapat mengubahnya dengan lebih baik.

Jika anda rasa artikel ini sangat bermanfat jangan lupa untuk kongsi =)

No comments:

Post a Comment

loading...