Wednesday, 4 January 2017

Honda BR-V, crossover CKD harga mampu milik


Honda Malaysia hari ini telah memperkenalkan model crossover mampu milik pertamanya yang dikenali sebagai BR-V. Model tujuh tempat duduk itu ditawarkan dengan dua varian yang dijual pada harga atas jalan RM82,800 bagi varian E dan RM92,800 (varian V).

Model pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan Honda di Melaka itu telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi . 

Turut hadir dalam perlancaran tersebut antaranya ialah Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Serantau (Asia & Oceania) Honda Motor Co Ltd yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe dan Ketua Projek Besar Honda Motor, Atsushi Arisaka. 

Honda BR-V kini telah dibuka untuk tempahan pada 1 Disember yang lalu di 88 pusat pengedar sah Honda di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

loading...