Wednesday 17 August 2016

Azizul raih pingat gangsa Olimpik Rio 2016


Azizulhasni Awang akhirnya telah mencipta sejarah kepada seluruh rakyat Malaysia selepas menjadi pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Temasya Olimpik Rio 2016 selepas meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi mengikut waktu di Malaysia.

Pakar keirin negara yang juga merupakan anak kelahiran Terengganu itu akhirnya berjaya membawa pulang pingat daripada temasya yang sangat berprestij itu selepas gagal dalam percubaan di Beijing 2008 dan London 2012. Kemenangan tersebut telah menebus kegagalan beliau di dua temasya yang disertainya sebelum ini.

Kemenangan pingat The Pocketrocketman itu merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak buat negara menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Mungkin banyak perkara yang menganggu tumpuan Azizul dalam memastikan beliau merangkul pingat emas, apabila berlaku kontroversi pembatalan dua perlawanan selepas ada pelumba yang memecut lebih awal.

Walau bagaimanapun, itu semua tidak menjejaskan semangat Azizul yang berjaya membawa pulang pingat gangsa. Sementara itu, pingat emas dimenangi Jason Kenny dari Britain manakala ditempat kedua milik Matthijs Buchli dari Belanda.


TAHNIAH!!

No comments:

Post a Comment

loading...